KPM teliti semua saranan wujudkan suasana selamat di sekolah

 

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan keselamatan ekosistem sekolah dapat dipertingkatkan.

Menterinya, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa pihak kementerian sedang memperincikan saranan dan cadangan dikemuka Jawatankuasa Anti Gangguan Seksual dan Anti Buli di kalangan pelajar bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu itu.

"Saya yakin kita menuju kepada ekosistem selamat dan syor ini dapat memudahkan akses untuk anak-anak mendapatkan bantuan dalam konteks melindungi diri mereka berkaitan isu buli dan gangguan seksual.
 
"Selain itu, syor tersebut juga dapat menguatkan lagi dasar khususnya polisi perlindungan kanak-kanak yang lebih baik sekali gus memastikan keselamatan mereka di sekolah," katanya ketika ditemui pemberita.

Semua cadangan tambah baik akan diteliti
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sebelumnya merasmikan projek rintis Program 3S (Safer Mind, Safer School, Safer Future) di  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai saranan itu, Fadhlina berkata ia akan diperincikan dan dimaklumkan kepada umum agar usaha memastikan sekolah anak-anak lebih selamat dapat dijayakan bersama.

Post a Comment

0 Comments