PENJADUALAN semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan bermula 16 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di Kuantan pada Ahad.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN itu, ia akan membabitkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang sepatutnya berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.
“Kita akan mula 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa khususnya persediaan logistik dan lain-lain yang terkait rapat
"Kita berharap cuaca bertambah baik agar tiada pertambahan tarikh dan boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja, kita tak nak anak-anak kita diberikan tekanan sebab cuaca macam ni," katanya.
![]() |
533 calon terlibat penjadualan semula |
Daripada jumlah itu, tujuh pusat peperiksaan tidak dapat dibuka disebabkan terputus hubungan dan jalan raya tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
0 Comments