USAHA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kestabilan politik negara seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong menerima pujian dari seorang penganalisis politik.
Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) dipetik laporan FMT ketika mengulas pencapaiaan 100 hari setelah Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dilantik sebagai Perdana Menteri berkata, Anwar telah melakukan yang terbaik.
Keputusan Anwar memanggil undi usul percaya susulan pelantikannya dan pembentukan Sekretariat Kerajaan Perpaduan adalah antara pendekatan yang mengukuhkan lagi pentadbirannya.
“Kestabilan ini membolehkan Anwar memberikan fokus kepada kedudukan ekonomi negara dan mengukuhkan hubungan dengan negara tetangga,” katanya.
Beliau turut merujuk tindakan bijak Anwar apabila segera melunaskan hak Sabah dan Sarawak selain keputusan meningkatkan geran tahunan serta kuasa autonomi atas projek infrastruktur bernilai kurang RM50 juta yang menjadi kunci menjamin kestabilan di kedua negeri Borneo itu.
Sementara itu dipetik laporan sama, seorang lagi penganalisis meyakini kerajaan perpaduan Anwar dapat bertahan sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara walaupun kerajaan pimpinan Presiden KEADILAN itu dibentuk dari parti yang berbeza ideologi, namun ketegangan diantara kesemua parti berada pada kadar sangat minimum.
![]() |
Kesungguhan Anwar dapat pujian |
“Pemilihan Umno akan menentukan nasib kerajaan perpaduan. Saya percaya Umno boleh bertahan dan mengekalkan status quo,” katanya dipetik.
0 Comments