SURAT Pekeliling Ikhtisas berkaitan pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di sekolah yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid akan dikeluarkan sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula.
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Surat Pekeliling itu akan memberikan penjelasan dengan terperinci berhubung pemansuhan tersebut seperti diumumnnya sebelum ini.
“(Pemansuhan) boleh terus dilaksanakan. Yang ada dalam surat itu nanti adalah perinciannya dan sebelum bermula sekolah kita akan keluarkan,” katanya.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata begitu ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Jumaat lalu beliau mengumumkan pemansuhan antaranya pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan seumpamanya
Langkah itu merupakan antara tujuh langkah segera diambil dalam teras kelima KPM yang memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk bagi meringankan tekanan tugas dihadapi para guru sekali gus mengoptimumkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
![]() |
KPM mahu pastikan guru tak terbeban |
Tambahnya, pengambilan guru akan berterusan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran.
0 Comments