Rakyat digesa bantu OKU hadapi cabaran ekonomi


SELARI
cita-cita Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangun negara dengan konsep Malaysia Madani, setiap organisasi dan masyarakat digesa membantu golongan Orang Kurang Upaya menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Gesaan itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mutafa selepas majlis perasmian Pameran Antarabangsa tentang Pemerkasaan Ekonomi untuk Orang Autisme (ISEEPA 2023), di Putrajaya.

"Kita pun ada saranan dari kerajaan yang 1% daripada kakitangan haruslah terdiri daripada orang-orang OKU, Autisme juga termasuk dalam golongan ini.

"Mereka ini ada potensi yang kita boleh garap dan akhirnya menjadikan mereka sebahagian dari komuniti yang memberi sumbangan kepada masyarakat," katanya.

Golongan autisme ada potensi boleh digarap
Menurut Ahli Parlimen Sikijang itu lagi, langkah berkenaan dapat mengelak ketidakupayaan fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang boleh menghadkan penglibatan golongan itu secara efektif dalam komuniti.

Sementara itu tambah Dr Zalihan, penganjuran ISEEPA 2023 dilihat menjadi medan untuk memperkasakan OKU khususnya Autisme bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan.

Post a Comment

0 Comments