KENYATAAN MEDIA | Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Pemerkasa Plus ini tidak memberikan sebarang makna yang besar dan ia jelas gagal membantu rakyat yang terkesan dengan Pandemik ini:
1. Bantuan one off kepada isi rumah berpendapatan kurang dari
RM2,500.00, hanya menerima RM500.00, manakala isi rumah yang
berpendapatan antara RM2,500.00 ke RM5,000.00, hanya menerima RM300.00
sahaja.
Jumlah ini sangat kecil dan tidak memadai untuk membantu mereka yang
terjejas, terutamanya ada kemungkinan yang munasabah bahawa PKP 3.0 ini
akan dilanjutkan selepas 14 Jun nanti.
2. Moratorium bank selama 3 bulan, hanya untuk golongan B40 (itu pun
kena hubungi bank), tiada manfaat ini kepada golongan M40, kecuali
mereka membu
ktikan bahawa mereka turut terjejas, iaitu beban bukti
terletak pada bahu mereka.
Sepatutnya moratorium secara automatik (tanpa permohonan) kepada semua golongan B40 dan M40, kerana bank adalah golongan kaya yang sepatutnya memberikan lebih banyak bantuan kepada rakyat yg terkesan.
3. Diskaun bil TNB hanya kpd golongan yang kelompok kecil sahaja, itu pun hanya 10% dan ia sangat tidak memadai.
Pengguna domestik langsung tak dapat apa-apa manfaat, sedangkan disuruh “stay at home”, pastinya bil domestik akan meningkat mendadak pada bulan Jun 2021 seperti mana yg berlaku pada Mac & April 2020.
4. Subsidi upah hanya sebulan sahaja, tanpa dinyatakan berapakah subsidi untuk seorang pekerja, apakah masih pada kadar RM1,200.00 untuk setiap orang pekerja?
5. Menyambut baik lanjutan HOC sehingga 31 Dis 2021, yang dijangka
akan dapat merancakkan lagi industri pembinaan dan perumahan swasta.
Bukti jelas polisi yang
dimulakan ketika zaman Pakatan Harapan ini adalah skim yang baik dan kini diteruskan.
Daripada RM40B yang dinyatakan, sebenarnya RM5B sahaja yang diberikan secara terus dan dapat dirasai oleh rakyat. Maknanya RM35B hanya indah khabar dari rupa, bukannya suntikan dana secara langsung tetapi ia adalah fiskal atas kertas sahaja.
Bantuan harus konsisten dan dapat diramalkan untuk membolehkan orang
merancang lebih awal. Ia tidak boleh ditaburkan secara tiba-tiba semasa
lockdown yang diumumkan secara tiba-tiba. 40% daripada KDNK Malaysia
berada di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, dan gangguan terhadap
kehidupan normal telah berlaku di kawasan-kawasan ini sejak PKP bermula
pada 12 Mei dan bukan hanya untuk 14 hari yang akan datang sekarang.
![]() |
Bantuan harus bersifat retrospektif |
Hassan Abdul Karim, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus, Parti Amanah Negara (AMANAH)
Chong Chieng Jen, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Natrah Ismail, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Sivakumar Varatharaju Naidu, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Chan Foong Hin, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Cha Kee Chin, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
0 Comments