SEORANG Ahli Parlimen mendesak Kerajaan supaya menjelaskan punca disebalik lonjakan angka kematian akibat wabak Covid-19 semalam.
Wong Chen (HARAPAN - Subang) dalam catatan di Facebooknya berkata, jumlah 126 kematian yang direkodkan semalam adalah 'lonjakan besar' mengatasi rekod tertinggi 98 kematian sebelumnya minggu lalu.
Beliau mempersoalkan sama ada lonjakan angka kematian yang tinggi itu antaranya disebabkan oleh kekurangan kemudahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau ia berkaitan dengan varian yang lebih berbahaya.
“Kerajaan perlu berkomunikasi dengan lebih baik. Keluarga mangsa berhak mendapat penjelasan lengkap dan betul. Langkah perlu diambil untuk mengurangkan dan mencegah sebanyak mungkin kematian,” katanya sambil mempersoalkan apakah ada keperluan untuk negara membeli lebih banyak ventilator.
![]() |
Ambil langkah elak lebih banyak kematian |
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata, 126 kematian semalam membabitkan 123 warganegara dan tiga bukan warganegara.
Ia membabitkan mangsa berusia atara 27 hingga 98 tahun.
Jumlah kematian di negara kini kini mencecah 2,993 orang.
Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 7,703 kes baharu semalam menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.
0 Comments