MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) didesak supaya mengeluarkan garis panduan yang jelas untuk kakitangan dan pekerja sektor supaya mereka tidak dikenakan denda secara tidak adil.
Desakan itu dibuat sebuah kumpulan undang-undang yang menamakan entiti mereka sebagai Project Justice for All berkaitan masa makan membabitkan kakitangan sektor itu yang kebiasaanya akan makan di tempat kerja mereka termasuk di luar atau dalam kenderaan.
Dalam satu sidang media, kumpulan itu yang dianggotai 12 peguam pro bono dan empat wakil rakyat – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan ADUN Kajang, Hee Loy Sian – berkata mereka telah menerima banyak aduan daripada pekerja, yang sama ada didenda atau diganggu oleh pihak berkuasa.
Maria menjelaskan bahawa mereka telah diberitahu mengenai lima kes di mana denda terhadap kakitangan sektor itu telah dikenakan.
"Satu daripadanya berlaku di Kajang, di mana polis mendenda seorang pemilik kedai RM1,500 setelah mendapati seorang pekerja warga Indonesia makan di kedai tersebut.
"Terdapat juga kes di kawasan lain di Petaling Jaya di mana pengendali penghantaran dan pemandu e-hailing diganggu oleh pihak berkuasa ketika makan di luar atau di dalam kenderaan mereka," katanya dipetik laporan sebuah portal.

![]() |
SOP mesti jelas dan tak mengelirukan |
Sementara itu kumpulan itu menegaskan bahawa keadaan kini lebih mendesak kerana ramai pekerja restoran, pengendali penghantaran makanan dan pemandu e-hailing menjalankan tugas mereka ketika pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara, yang bermula hari ini.
Sehubungan itu mereka mahu Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan MKN dapat memastikan polis dan pihak penguatkuasa lain hanya menerapkan peraturan “tidak makan di dalam premis” kepada pelanggan dan bukan pekerja di restoran.
Mereka juga menyarankan agar pengendali penghantaran dan pemandu e-hailing dibenarkan makan di luar dengan penjarakan sosial.