Pelan Induk Perindustrian baharu akan diumumkan

 


KERAJAAN dijangka akan mengumumkan satu Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 menjelang suku ketiga tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Pelan Induk itu merupakan satu inisiatif bagi melakar hala tuju pembangunan perindustrian yang bertumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan pengambilan bakat tempatan.

"Selari dengan Pelan ini, agensi promosi pelaburan dan insentif pelaburan akan distruktur semula ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil seperti mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, mendalami rantaian bekalan dengan firma tempatan dan mewujudkan kelompok industri baharu.

"Pemantauan pelaburan yang menerima insentif juga akan diperkasa," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Bagi tujuan menarik pelaburan. Kerajaan juga jelasnya bercadang melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang
memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024.

Melalui galakan cukai itu, beliau berharap ia dapat menarik pelaburan daripada syarikat yang terjejas akibat COVID-19 untuk beroperasi di Malaysia.

"Insentif cukai pendapatan serta elaun cukai pelaburan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025 dalam bidang aeroangkasa bagi menggalakkan pengembangan kapasiti syarikat sedia ada dan menarik pelaburan daripada syarikat baharu," ujarnya.

Diumumkan menjelang suku ketiga tahun ini
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberitahu, kerajaan juga akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing bagi membolehkan pemegang biasiswa dari negara ini mendapat peluang perantisan di negara di mana mereka menuntut.

Melalui langkah itu jelasnya seseorang pelajar dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat tersebut.

Post a Comment

0 Comments