Menu Rahmah: kenyataan Ahli Parlimen PN keterlaluan - KEADILAN


KENYATAAN seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko kesihatan dianggap keterlaluan dan tidak wajar.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Razeef Rakimin berkata, kenyataan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) yang mengaitkan hidangan dibawah jenama "Rahmah' seolah-olah 'low quality' dan memungkinkan risiko kesihatan adalah tuduhan biadap.

"Ini merupakan satu kenyataan yang sangat biadap seolah peniaga yang menyambut baik inisiatif Menu Rahmah akan menghidangkan makanan yang tidak berkualiti dan boleh menyebabkan penyakit.

"Sebagai salah seorang pengusaha gerai makanan, saya amat terkilan dengan kenyataan tersebut," katanya dalam kenyataan.

Halimah dalam perbahasan di Dewan Rakyat semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada Khamis berkata, penyediaan makanan yang berharga rendah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.

Wakil Rakyat Pas itu berkata, beliau bimbang mereka yang mendapat hidangan bermutu rendah ituterdedah kepada kanser, penyakit autoimmune, kepada autisme dan sebagainya,” katanya.

Petikan ucapan tersebut mula menjadi tular dengan sebahagian warganet menganggap Halimah terkeliru apabila mengaitkan makanan dengan masalah autisme.
 
Sementara itu Razeef menjelaskan, walaupun dengan memperkenalkan Menu Rahmah dengan harga Lima Ringgit kebawah, ia jelasnya tidak bermakna peniaga akan menukar bahan masakan dengan bahan yang membahayakan kesihatan.

"Sebagai peniaga kita tahu menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang dihidangkan. Sudah tentu kita tidak ingin pelanggan kita mendapat penyakit dari makanan yang dihidangkan kerana ia akan merisikokan perniagaan.

"Gerai saya sendiri bahan masakan yang digunakan masih sama dan cara masakan masih sama, bersih dan sihat. Kita hanya mengurangkan sedikit kuantiti bagi menyesuaikan hidangan dengan harga.

"Walau untung tidak besar bagi satu hidangan namun dengan jualan yang lebih banyak dari sebelum ini kerana dijual dengan harga mampu, keuntungan perniagaan sebenarnya lebih baik dari sebelum ini," jelasnya dalam kenyataan serupa.

Sebagai rekod, Menu Rahmah merupakan inisiatif dibawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan lengkap pada harga maksimum RM5.

Jangan pertikai inisiatif baik kerajaan untuk rakyat
Ia mengandungi hidangan yang dilengkapi karbohidrat dari nasi, protein - seperti ayam atau ikan - dan sayuran bagi memudahkan orang ramai terutama golongan tidak berkemampuan menikmati hidangan tengahari atau malam tanpa terlalu terbeban.

"Tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Kapar menjelaskan sikap pemimpin Perikatan Nasional yang hanya tahu mempertikai inisiatif baik untuk rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas tanpa memperdulikan perasaan pengusaha perniagaan makanan," kata Razeef dalam kenyataannya.



Post a Comment

0 Comments