Cukai golongan M40 dikurangkan dua peratus


KADAR cukai pendapatan individu dalam kumpulan berpendapatan sederhana (M40) dikurangkan dua mata peratusan.

Perdana Menteri yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim berkata pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.

"Selama ini, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.

"Sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

 Presiden KEADILAN itu juga menjelaskan, pengurangan cukai itu membabitkan individu berpendapatan dalam banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.


Langkah tambah pendapatan boleh guna M40
"Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300," kata Anwar.


Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan yang progresif dalam percukaiaan.

Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, kerajaan akan menaikkan kadar cukai 0.5 peratus untuk golongan berpendapatan tinggi (T20) seperti yang dicadangkan dalam belanjawan sebelum ini.



Post a Comment

0 Comments