PM beri kebebasan penuh untuk SPRM siasat dan dakwa 'jerung'


KERAJAAN
Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi dalam soal membanteras rasuah termasuk membabitkan 'jerung'.


Bercakap dalam program Naratif Khas yang disiarkan secara langsung di RTM malam tadi, Perdana Menteri menolak andaian sesetengah pihak yang mendakwa tindakan membanteras rasuah hanya bertumpu kepada 'ikan bilis' sahaja.

Malah jelasnya, dibawah pentadbiranya kebebasan penuh diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja terbabit dengan amalan rasuah.  

"Amalan pemunggahan kekayaan negara yang agak memualkan, kita ada pengalaman orang besar, ditangkap dan ini membuktikan tindakan tidak hanya tertumpu kepada ikan bilis.

"Saya memberikan SPRM kelonggaran sepenuhnya dan wewenangya (kuasa), sedikit sebanyak sudah banyak (kes) terbongkar.

"Saya tidak mahu mengulasnya setiap kali, pihak penguatkuasaan diberikan kuasa, malah saya setiap minggu berpesan, saya tidak masuk campur jika seseorang disiasat (SPRM)," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut menyangkal tanggapan tindakan membanteras rasuah itu adalah amalan politik dendam.

Sebaliknya Anwar menegaskan ia adalah sebahagian agenda reformasi yang diperjuangkannya selama ini.

"Memang ada orang yang takut disiasat. Tetapi apabila berbicara tata kelola, saya beri arahan yang jelas, apa (kes) yang berlaku, terus ada tuduhan (mahkamah), ambil tindakan.

Lawan rasuah adalah sebahagian agenda reformasi
"Soalnya kalau ada bukti yang jelas, ambil tindakan jangan peduli tohmahan, kerana ada puak (yang) guna agama, Islam, yang mengaitkan ada dendam.

"Jika pemimpin kumpul berbilion (kekayaan), untuk rakyat, penjaja kecil rumahnya separuh robek, apa makna kepada rakyat, tetapi ada pemimpin bersenang lenang memunggah kekayaan negara," katanya.

 

Post a Comment

0 Comments