Kaji semula pendidikan Islam berdasarkan Al-Quran - PM


MATA PELAJARAN
pendid
ikan Islam harus dikaji semula supaya ia dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting  sebagai usaha mengelak mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah sehingga menyebabkan kekeliruan dikalangan orang awam.

"Kadang-kadang semua (mahu) jadi pakar, rujuk kepada authority, hadis, quran, ulasan, pemikir. Ini  tazkirah pun nak buat fatwa masing-masing dan apabila kita tegur dia kata kita anti ulama.

"Kalau guru agama itu buat kenyataan yang salah, kita mesti tegur, kalau tidak, kerana dia tokoh parti, dia orang lama, kenyataan dia semua (dianggap) benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu.

"Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan Al-Quran, sunnah dan ulamak Muktabar dan ungkapan itu mesti dihujah dan jika perlu teguran, pembetulan, ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran cara kritis," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.
 
Beliau sebelumnya ditemui media selepas melancarkan buku himpunan esei " Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar" di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), UIAM Kampus Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan langkah kajian semula itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam meneliti cadangan berkenaan.
 
“Saya serahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi mengenai kurikulum mata pelajaran peradaban Islam melihat kepada cadangan dari sarjana-sarjana utama termasuk untuk dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman lebih mendalam dengan mesej Islam, tentunya soal nilai, akhlak, kemanusiaan, universal jadi ini dirasakan ia perlu diberi perhatian," jelas Anwar.

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama Anwar mahu supaya masyarakat Islam mengikut apa yang ditetapkan oleh ajaran Islam.

Pengajaran mesti berpandukan tuntutan Al-Quran
Pada 1986, ketika menjadi menteri pelajaran (pendidikan), Anwar yang ketika itu adalah Menteri Pendidikan, menjalankan usaha menyelamatkan akidah umat Islam dengan menghapuskan tajuk ‘Mandi Safar’ dalam buku teks Tata Rakyat sekolah rendah dengan mengeluarkan pekeliling agar tajuk Mandi Safar tidak lagi diajar di sekolah-sekolah.

Beliau turut terlibat secara langsung dalam pemakaian menutup aurat di sekolah-sekolah arus perdana pada era 90an.


Post a Comment

0 Comments