Halang rasuah pilihan raya, Bersih gesa gubal APP segera

 


GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa supaya penggubalan Akta Pembiayaan Politik (APP) disegerakan untuk menangani amalan rasuah pilihan raya.

Gesaan itu disuarakan Bersih ketika timbul dakwaan berlaku perbuatan membeli undi oleh sebuah parti politik ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) November lalu.

“Bersih menegaskan bahawa pemberian wang tunai atau apa-apa yang berharga ketika pilihan raya adalah rasuah.

“Untuk menangani masalah serius ini ia tidak hanya memerlukan penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tetapi juga pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik,” kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya itu dalam kenyataan.

Bagi tujuan itu, mereka turut mencadangkan satu jawatankuasa tetap berkenaan hal-hal pilihan raya dan demokrasi pelbagai parti ditubuhkan dalam persidangan parlimen pada bulan depan.

Bersih turut cadang penubuhan jawatankuasa tetap
Ia bagi menyemak dan menerima maklum balas orang ramai terhadap Akta Pembiayaan Politik.

“Ia sebagai rujukan bagi memperkemaskan RUU APP yang sudah lama disebut tetapi terselindung daripada penelitian dan maklum balas orang awam,” kata mereka.
 

Post a Comment

0 Comments