PROGRAM Jualan Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan dilaksana secara berterusan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi walkabout di Program Jualan Rahmah di Bentong, Pahang, beliau berkata program jualan itu bukan sekadar dilaksanakan pada sambutan tertentu seperti menjelang hari raya.
"Jenama jualan rahmah ini sebahagian daripada jenama payung rahmah dan ini adalah inisiatif KPDN tetapi sudahpun diwartakan oleh kabinet.
"Ia sesuatu yang benar-benar membantu rakyat kurangkan kos sara hidup, rakyat menunggu jualan Rahmah di tempat masing-masing dan sekerap yang mungkin," jelasnya.
Fuziah turut memaklumkan program itu mendapat sambutan sangat baik sehingga ada cadangan agar kempen yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10-30 peratus murah daripada kebiasaan berkenaan diadakan setiap hujung minggu.
![]() |
Inisiatif KPDN dapat sambutan rakyat |
Beliau sementara itu mengalu-alukan penyertaan pemain industri khususnya pasar raya besar dialu-alukan untuk terlibat dalam program jualan tersebut yang dilihat akan memberikan situasi menang-menang antara pemain industri dan pengguna.
0 Comments