Anwar tak tolak ansur kepada penjawat awam amal rasuah



PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas kepada kelompok kecil penjawat awam yang didapati tidak berintegriti.

Melalui amanat pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya malam tadi, Anwar menyatakan komitmennya untuk tidak bertolak ansur dengan sebarang pelakuan rasuah dibawah pentadbirannya.

“Ada bidang-bidang penguatkuasaan, kelompok kecil yang masih cuai dan meneruskan adegan lama, mengutip habuan, menetapkan kos tambahan, menentukan ada hadiah-hadiah besar,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menyifatkan tindakan sekelompok penjawat awam itu sebagai cuba meroboh dan merosakkan negara.

Justeru, beliau menyeru kerjasama penjawat awam bagi membanteras perkara itu.

“Saya mohon kerjasama kerana saya tahu sejumlah besar penjawat awam dan badan penguatkuasaan mengerti dan faham tapi kelompok kecil ini mesti dihapuskan.

“Mudah-mudahan ada keinsafan untuk melakukan perubahan. Jika tidak tindakan tegas akan diambil,” katanya.

PM tak akan tolak ansur terhadap amalan rasuah
Terdahulu dalam amanat sama, Anwar mengingatkan pemimpin kerajaan supaya tidak menggunakan jawatan menggondol kekayaan bagi kepentingan diri sendiri.

Negara tegasnya hanya akan selamat, terangkat martabat serta harkatnya jika semua pihak mempunyai tekad untuk menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah.

Post a Comment

0 Comments