Status 4 Ahli Parlimen 'Bersatu' Sabah masih kekal, akan disemak



STATUS empat Ahli Parlimen Sabah yang didakwa keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dianggap kekal dan kerusi mereka masih belum dikosongkan.
 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dipetik laporan Bernama berkata, beliau telah menerima notis pemakluman daripada Bersatu pada 27 Dis untuk memohon pengesahan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka empat Ahli Parlimen berkenaan.

Menurut Johari, beliau akan meneliti dahulu isu tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai status kesemua Ahli Parlimen terbabit.

“Saya kena teliti dahulu… keputusan mengenai kedudukan mereka akan diumumkan selepas tempoh 21 hari,” katanya menurut laporan agensi berita itu.

Empat Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Terdahulu Ketua Bersatu Sabah,Ronald Kiandee berkata keempat-empat mereka mesti mengosongkan kerusi berdasarkan Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

Ronald mendakwa mereka yang bertanding di bawah logo parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah ahli Bersatu.

“Tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin merangkap presiden Bersatu dan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah ‘crossing the floor’ (beralih sokongan) dan ia melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi,” kata Ahli Parlimen Beluran itu.

Justeru tegasnya, keahlian mereka sebagai anggota Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti.

Pada 10 Dis lepas, bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor memaklumkanpemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti tersebut, namun kekal di bawah GRS.

Hajiji, yang juga pengerusi GRS, berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah, dan demi kepentingan negeri, perpaduan selain memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.

Susulan itu timbul isu sama ada empat Ahli Parlimen itu perlu meletakkan jawatan kerana mereka bertanding bukan dibawah logo Bersatu, sebaliknya GRS.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini melontar pandangan bahawa mereka boleh mengekalkan kerusi dimenangi pada 19 November lalu itu.

Johari akan teliti sebelum buat keputusan
"Saya ingin menjelaskan bahawa empat Ahli Parlimen tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.

"Selepas dimaklumkan pelbagai sumber yang boleh dipercayai pagi ini dan tengah hari ini bahawa empat ahli Parti Bersatu ini sudah meletakkan jawatan dalam parti mereka pada awal Oktober lalu sebelum bertanding pilihan raya Umum pada 19 Oktober," katanya dalam kenyataan.

Wan Junaidi merupakan individu yang terbabit yang dalam penggubalan undang-undang larangan bertukar parti yang diluluskan Dewan Rakyat Julai lalu

Post a Comment

0 Comments