Ramli, Alice dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat


DEWAN RAKYAT
selesai memilih Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Noor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Ia selepas pengundian bagi jawatan itu dijalankan melalui undi yang dijalankan secara bertulis.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Ramli memperoleh sokongan 148 undi, manakala Alice pula meraih 146 undi.

Mas Ermiyati yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) pula meraih 74 undi.

Usul pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dibuat sejurus 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15, hari ini.

Kedua-dua calon dapat undi besar
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan mencalonkan Ramli dan Alice sebagai calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mewakili blok kerajaan.

Cadangan itu disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Post a Comment

0 Comments