PM serah sumbangan RM80,000 buat dua keluarga mangsa tanah runtuh


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM80,000 dari kerajaan kepada dua keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin kepada Lai Hua Kiong, 54, dan Tai Seng Fui, 63, di Kampung Machap Baru di Melaka pada Ahad.

Shamsul Iskandar berkata, Perdana Menteri dan kerajaan berharap sumbangan itu dapat meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan.

Perdana Menteri turut jelasnya turut menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih yang mendalam kepada seluruh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus memberi komitmen yang tinggi dari hari pertama bencana sehingga mangsa terakhir berjaya ditemui pada Sabtu.  
 
"Tentunya Perdana Menteri dan kerajaan memandang tinggi usaha-usaha mereka dan kita harap ia dapat jadi contoh kepada agensi-agensi lain agar dapat bekerja dalam satu pasukan dan bersungguh-sungguh untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat," katanya dipetik.

Hadir sama Exco Perrpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Datuk Ginie Lim Siew Lin.

Dalam kejadian pada awal pagi Jumaat lalu, seramai 31 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organiz Farm.

61 individu terselamat daripada 92 mangsa yang terlibat.


PM sampaikan penghargaan kepada anggota SAR
Hua Kiong kehilangan empat ahli keluarganya iaitu Lai Chee Sam, 33, Lai See Tin, 33, Giselle Lai Yu Xi, 6, dan Jonas Lai Ze Kai, 2, manakala Seng Fui juga kehilangan empat ahli keluarga iaitu Tai Chang Lin, 35, Yu Siew Pay, 34, Tai Jing Key, 7, (he) dan Tai Jing Rou, 4.


Sementara itu Khairul Shahril dipetik laporaan media berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga akan membuat bayaran kepada waris mangsa dengan mengambil kira tentang keperluan pihak terbabit.

Post a Comment

0 Comments