PM sampaikan sumbangan wang saku buat pendebat UiTM ke Sepanyol

 


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang akan menyertai Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.

Melalui satu hantaran di Facebooknya Anwar berkata, beliau mendoakan agar mahasiswa terlibat berjaya mengharumkan nama negara di bumi Sepanyol.

“Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid.

“Saya difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Anwar ucap selamat maju jaya kepada peserta
Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim mengiringi perlepasan kontinjen UiTM yang bakal menyertai pertandingan berkenaan yang djadualkan berlangsung bermula 27 Disember ini sehingga 4 Januari 2023 depan.

Turut mengiringi perlepasan itu adalah Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Sdr. Farhan Fauzi yang menyampaikan sumbangan wang saku daripada Perdana Menteri kepada setiap seorang peserta bagi membantu perbelanjaan mereka sepanjang di Madrid.

Post a Comment

0 Comments