AMK gerakkan misi bantuan ke Pantai Timur


ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) menggerakkan misi bantuan ke kawasan terjejas banjir di Pantai Timur.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly memaklumkan misi pertama digerakkan Jumaat lalu bagi menghantar bantuan barangan keperluan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh kawasan Parlimen di negeri Kelantan.

Antara barang-barang keperluan yang dibawa dalam misi tersebut antaranya barangan kritikal seperti susu formula dan air mineral.

"Sebenarnya, misi pertama ini memberi tumpuan kepada keperluan mangsa banjir yang masih lagi berada di PPS. Kita akan ada misi kedua melibatkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan-kawasan terjejas," katanya semasa pelepasan misi bantuan banjir AMK Perak di Bandar Meru Raya di Ipoh.

Misi itu jelasnya diketuai AMK Pusat dan AMK Perak dan turut dibantu AMK Perlis, AMK Kedah serta AMK Pulau Pinang ditugaskan untuk membantu di kawasan yang terjejas di negeri Kelantan.

Sementara sayap pemuda parti KEADILAN dari negeri-negeri lain menurutnya akan menghantara bantuan ke Terengganu.

Bantu tanpa pandang ideologi politik
Mengulas mengenai misi bantuan untuk bencana banjir yang turut berlaku di Perak, Zaim Sidqi menjelaskan pihaknya sudah bersiap sedia dengan keperluan bagi mangsa-mangsa banjir di Perak dan sukarelawan juga telah diatur membantu.

Misi ke Pantai Timur disegerakan memandangkan situasi bencana yang lebih teruk di kawasan itu.

Post a Comment

0 Comments