PM beri arahan selesaikan isu MA63 segera - Fadillah


TIMBALAN
Perdana Menteri Fadillah Yusof mendedahkan beliau diberi masa sebulan oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Susulan amanah diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, beliau akan mula mengadakan membincangkan isu pelaksanaan MA63 dengan pemimpin negeri Sarawak untuk mengetahui keutamaan mereka.

Sementara beliau turut akan bekerjasama dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal Sabah dan Sarawak akan melakukan perkara yang sama tetapi dengan pemimpin Sabah.

“Perbincangan di peringkat kerajaan negeri menjadi keutamaan saya.

“Saya juga telah meminta Armizan Mohd Ali (menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak) berjumpa ketua menteri Sabah untuk melihat keutamaan bagi Sabah dan Sarawak yang boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan ini, Insya-Allah,” katanya di Instagram.

“Apa yang boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan, kita akan selesaikan manakala selebihnya, harap kita lihat dan mungkin kita perlu bawa perkara itu ke Parlimen untuk mendapatkan kelulusan,” katanya Ahli Parlimen Petra Jaya itu.

Semalam Fadhila mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Abang Johari Openg di Kuching hari ini.

Menurutnya, kunjungan itu bertujuan mendapat hala tuju daripada kepimpinan tertinggi kerajaan Sarawak dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) serta mendapatkan panduan dari segi apakah keutamaan perlu diberi tumpuan untuk negeri itu.

Terdahulu pada mesyuarat Kabinet persekutuan pertama selepas pilihan raya umum ke-15 awal minggu ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menugaskan Fadillah untuk menyelesaikan perkara berkaitan tuntutan Sarawak dan Sabah di bawah MA63 dalam tempoh sebulan.

Kabinet Anwar bekerja pantas
Ia selari dengan hasrat perdana menteri itu untuk memastikan isu hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan dengan efektif dan bukan sekadar meluluskannya di peringkat Perlembagaan Persekutuan.

Usaha menyelesaikan isu MA63 itu bagi memastikan jurang pembangunan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dirapatkan serta nasib orang asal, Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dibela secara saksama.


Post a Comment

0 Comments