Kebebasan bersuara tak mesti boleh langgar undang-undang, kata Menteri

 

WALAUPUN negara ini membenarkan kebebasan bersuara, namun rakyat diingatkan supaya tidak sampai ke tahap menyebar fitnah dan tohmahan tak berasas.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau secara peribadi mempertahankan  hak bersuara untuk rakyat negara ini, namun, ia haruslah berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Kita tetapkan batas, saya sendiri sebagai seorang ahli politik, Ahli Parlimen dan sekarang Menteri, memang mempertahan hak bersuara, tapi bila kita teliti undang-undang termasuk undang-undang lain seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, memang ada batas-batas di mana sekiranya dilakukan juga (kesalahan) ada tindakan undang-undang.
 
"Biarlah apa kita sebut itu berasas dan boleh dipertahankan di mahkamah," katanya.

Sejak kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, banyak tohmahan dan fitnah disebar pihak tertentu bagi meraih undi, malah sejumlah besar kandungan yang boleh mencetus permusuhan kaum tersebar di laman Tik Tok.

K'jaa tak akan kompromi dengan fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menjadi mangsa fitnah, beliau melalui peguamnya dilapor telah menghantar surat tututan terhadap beberapa ahli politik.

Fahmi sementara itu berkata, antara fokus kementeriannya kali ini ialah menjalin kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan penyedia platform media sosial, dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjaga hak bersuara, namun pada masa sama memastikan batas undang-undang sentiasa diawasi dan dipatuhi.

"Sekiranya berlaku perlanggaran (undang-undang) maka perlu ada tindakan," katanya.


Post a Comment

0 Comments