PM arah jemaah menteri bekerja pantas - Fahmi Fadzil


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor telah mengarahkan semua jemaah menteri agar bekerja dengan pantas bagi menjayakan usaha mereformasi negara.

Perkara itu didedahkan Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam satu sidang media senagai mengulas mesyuarat Kabinet yang diadakan semalam.

Jelasnya, mesyuarat itu yang diadakan pagi semalam berjalan dengan sangat positif dan produktif.

"Mulanya saya jangkakan mungkin tempoh mesyuarat itu lama, tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nampaknya ingin kita semua bekerja dengan pantas, kami mempunyai banyak tugas untuk dilakukan.

"Malah saya rasa beberapa isu utama ... berkaitan dengan kos sara hidup, berkait urus tadbir yang lebih baik dan juga meneliti masalah ketirisan dan aspek penjimatan yang boleh dilakukan.

"Beliau mahu kami untuk memfokuskan dengan segera pada kerja yang kementerian boleh lakukan untuk memastikan yang kami serius dalam perkara berkaitan kos kehidupan, tadbir urus yang baik dan mengurangkan ketirisan, menjimatkan wang rakyat, itu perlu menjadi keutamaan kami," katanya.

PM arah menteri pantas bekerja atasi isu rakyat


Sementara itu Fahmi memberitahu bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini akan dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital.


Pertukaran nama itu telah disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Perkembangan terbaharu itu turut menyaksikan agensi berkaitan seni dan budaya akan diletakkan di bawah kementerian lain.

Post a Comment

0 Comments