Panggilan dari Kanada, Trudeau sampaikan ucapan tahniah

 


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menerima panggilan telefon dari rakan sejawatannya Justin Trudeau dari Kanada.

Anwar memuat naik video panggilan telefon berdurasi 4.09 minit itu di laman Facebook miliknya dengan catatan: "Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat yang lebih tinggi.

Difahamkan melalui panggilan itu Trudeau menyampaikan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Kedua-dua mereka turut membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada dalam pelbagai lapangan termasuk sektor pendidikan, tenaga boleh diperbaharui dan hubungan sesama insan.

Malaysia dan Kanada telah mengukuhkan kerjasama dua hala mereka sejak mereka menjalinkan hubungan diplomatik pada 1957, dengan perdagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada 2021.

Pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun yang lalu bernilai RM789 juta.

Kedua-dua pihak berbincang kukuh kerjasama
Sementara itu Trudeau turut berharap hubungan dua hala antara Malaysia dan Kanada dapat dipertingkat. Beliau turut menyatakan penghargaan atas sokongan yang diberikan Malaysia kepada Kanada di rantau ini.

"Rakyat kita sama-sama menghadapi cabaran isu domestik yang berkisar tentang inflasi, harga makanan dan bahan api semua perkara yang dialami di seluruh dunia tetapi bekerjasama dengan rakan untuk menggiatkan lagi perdagangan dan mencipta peluang memang selalunya baik untuk rakyat,” kata Trudeau dipetik laporan Bernama.

Post a Comment

0 Comments