Mat Sabu lawat ladang telur, mula dapat rentak jalankan tugas

 



MOHAMAD SABU yang dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS) dianggap telah membuat langkah tepat dalam usaha mencari penyelesaian isu bekalan telur ayam.

Ia apabila Mohammad dan pegawai dari kementerian itu turun mengadakan lawatan kerja ke Ladang Ayam Pedaging Rasa dekat Batang Kali dan Ladang Ayam Penelur Selasih Aman, Kalumpang pada Sabtu.

Melalui perkongsian video di laman Facebooknya, Mohamad Sabu berkata, pada lawatan itu beliau mengambil kesempatan mendengar sendiri isu-isu yang  dihadapi oleh pengusaha ayam dan telur selain meninjau sendiri proses penternakan ayam dan penghasilan telur bagi menambah pemahanannya dalam isu kekurangan bahan mentah itu dalam pasaran.

“Apa yang saya dengar tadi akan saya bincangkan lebih lanjut bersama pegawai di MAFS sebelum semua cadangan dari Kementerian dibawa ke pengetahuan kabinet.

“InsyaAllah minggu hadapan saya akan bertemu dengan Menteri KPDN untuk mencari jalan penyelesaian bersama supaya bekalan telur di negara kita kembali pulih dan stabil sepertimana yang diharapkan oleh rakyat,” kata Presiden parti Amanah itu.

Sejak lebih sebulan lalu, bekalan telur berkurangan dalam pasaran menyebabkan ramai pengguna merungut.

Menteri dengar sendiri masalah penternak
Difahamkan hanya telur yang berkualiti tinggi dengan harga yang lebih mahal berada di pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra pada Isnin menekankan perlunya usaha segera dari MAFS untuk menyelesaikan isu bekalan telur dalam pasaran.

Beliau berharapkan MAFS dapat mencari jalan memastikan pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan selain mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

Post a Comment

0 Comments