HARAPAN Pulau Pinang akui wujud cabaran besar hadapi PRN

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang mengakui berdepan cabaran besar terpaksa dihadapi dalam mempertahankan beberapa kerusi milik gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun depan.

Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan begitu berdasarkan keputusan di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Berdasarkan keputusan di peringkat Parlimen dan melihat kepada saluran pengundian, ia boleh memberi gambara terhadap pilihan pengundi di kawasan masing-masing.

“Jadi, ini satu indikator memandangkan pilihan raya tidak diadakan secara serentak,” katanya pada satu program di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Chow meramalkan gabungan itu berpotensi hilang enam atau tujuh kerusi dalam PRN Pulau Pinang sekiranya trend ketika ini tidak dihalang.

Sementara itu tambahnya, sekalipun trend itu dijangka tidak menjejaskan penguasaan HARAPAN di Pulau Pinang, Ia boleh menyebabkan pengaruh gabungan itu di Pulau Pinang tidak akan sekuat dulu.

Justeru beliau menggesa parti komponen dalam gabungan itu mengatur strategi awal dan menganjurkan program bagi mendekati masyarakat.

Pertemuan dengan agensi berkaitan juga perlu diadakan bagi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan semasa kempen PRU15.

Parti komponen mesti atur strategi awal
“Macam di Batu Kawan, saya (selaku Ahli Parlimen Batu Kawan) pun sudah atur sesi libat urus dengan agensi untuk respons terhadap isu yang saya kutip semasa berkempen PRU15.” jelasnya.

Pada PRU14, HARAPAN menang 37 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, Barisan Nasional (BN) dua kerusi dan PAS (satu).

Bagaimanapun, selepas Bersatu keluar HARAPAN dan menubuhkan Perikatan Nasional (PN) serta pemecatan beberapa ADUN yang terkait dengan 'langkah Sheraton' komposisi kerajaan di Pulau Pinang berubah dengan HARAPAN hanya menguasai 33 daripada 40 kerusi itu. 

Post a Comment

0 Comments