PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat segera isu buli dihadapi pelajar sekolah.
Ia susulan aduan seorang pelajar melalui sepucuk surat yang mendakwa dibuli pelajar selain mendakwa gurunya tidak mengambil tindakan terhadap perlakuan itu sebaliknya bersikap rasis.
Pelajar itu memohon perdana menteri mengambil serius perkara itu dan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
"Terima kasih anakanda. Saya akan memohon KPM yang kini dikepalai oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera," kata Anwar menerusi kenyataan di media sosial termasuk Twitter dan Facebook pada Ahad.
Hantaran yang dikongsikan Anwar itu kemudian diturunkan dari semua platform media sosial, namun mendapat pelbagai respons daripada pengguna media sosial berkenaan.
Seorang pengguna Facebook bernama Saravanan Subramaniam menzahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri yang masih sempat menjawab surat pelajar itu.
“Dengan kerja yang begitu banyak, Anwar masih sempat menjawab surat anak muda, awak memang terbaik,” jelasnya.
Pemilik
media sosial bernama Nazri Yusof Aie yang dipetik laporan Sinar pula
memohon supaya isu perkauman dalam kalangan pelajar di sekolah rendah
dan menengah ditangani dengan serius.
“Mohon Anwar ambil serius perkara membuli dan rasis dalam kalangan pelajar di peringkat rendah dan menengah supaya anak bangsa dapat belajar dengan baik demi negara Malaysia tercinta,” tambahnya.
Ia susulan aduan seorang pelajar melalui sepucuk surat yang mendakwa dibuli pelajar selain mendakwa gurunya tidak mengambil tindakan terhadap perlakuan itu sebaliknya bersikap rasis.
Pelajar itu memohon perdana menteri mengambil serius perkara itu dan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
"Terima kasih anakanda. Saya akan memohon KPM yang kini dikepalai oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera," kata Anwar menerusi kenyataan di media sosial termasuk Twitter dan Facebook pada Ahad.
Hantaran yang dikongsikan Anwar itu kemudian diturunkan dari semua platform media sosial, namun mendapat pelbagai respons daripada pengguna media sosial berkenaan.
Seorang pengguna Facebook bernama Saravanan Subramaniam menzahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri yang masih sempat menjawab surat pelajar itu.
“Dengan kerja yang begitu banyak, Anwar masih sempat menjawab surat anak muda, awak memang terbaik,” jelasnya.
![]() |
Budaya perkauman mesti dihapuskan |

0 Comments