Johari Abdul sah dipilih Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu


BEKAS
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini dipilih menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat

Usul bagi melantik Johari dibawakan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian disokong Timbalan perdana menteri, DatuK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pembangkang turut mengusulkan calon bagi Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mencalonkan bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Usul itu dibawakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan kemudian disokong Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Susulan ada lebih dari dua pencalonan, Setiausaha Dewan Rakyat, Tuan Nizam Mydin bin Bacha Mydin kemudian mengarahkan undi blok dijalankan bersurat berdasarkan peraturan mesyuarat 4.3.

Beliau kemudian mengumumkan Johari mendapat sebanyak 147 undi berbanding Mohd Radzi yang sekadar mendapat 74 undi.

"Maka menurut peruntukan 4.3, saya dengan ini memashurkan bahawa Datuk Johari bin Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Susulan pengumuman itu, Johari kemudian dipanggil masuk ke Dewan bagi mengangkat sumpah jawatan dan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi mesyuarat.

Sebagai rekod, semalam Johari mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Gurun berkuat kuasa serta merta.

Johari Abdul galas tanggungjawab Speaker Dewan
Sumber Pejabat Parlimen memaklumkan seseorang ahli politik yang tercalon bagi jawatan Speaker Parlimen harus melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di peringkat DUN negeri bagi mengelakkan pertindihan tugasan.
 
Johari yang juga Timbalan Pengerusi HARAPAN Kedah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal, namun tidak menyertai pilihan raya umum lalu dan digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq Johari, yang menjadi satu-satunya wakil HARAPAN yang menang di Kedah.


Post a Comment

0 Comments