Jangan ajar orang khianat!, kata Khairuddin kepada pemimpin PAS


BEKAS
pemimpin PAS, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali membidas tindakan pemimpin politik yang mengajak Ahli Parlimen lain mengkhianati arahan parti sendiri.

Dalam satu catatan di laman Facebooknya, Mohd Khairuddin yang juga merupakan bekas wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus berkata, tindakan menghasut itu tidak sewajarnya berlaku lebih-lebih lagi dari pemimpin parti yang mengajak pengikutnya taat kepada pemimpin.

"Saya membaca tulisan seorang ahli Parlimen yang mengajak ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menentang usul kerajaan di Parlimen nanti.

"Saya berasa tidak wajar mengajak ahli Parlimen membelakangi arahan parti masing-masing.

"Seperti mana kita mahu ahli Parlimen daripada parti kita setia dan walak pada arahan parti maka demikianlah sewajarnya diajar konsep walak dan kesetiaan dalam parti lain," katanya di Facebook pada Sabtu.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada gesaan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini yang mengajak ahli Parlimen UMNO dan BN yang tidak mahu 'berteduh' di bawah kerajaan perpaduan menentang usul dikemukakan kerajaan dalam Dewan Rakyat.

"Ahli politik boleh berbeza pandangan tetapi tidak apabila keputusan telah dibuat oleh parti. Keputusan ketua dan parti menjadi pemutus kepada segala perbezaan pandangan.

"Itu kaedah dan adab berorganisasi dan berjemaah. Usah mengajar orang lain khianat kepada arahan parti.

"Selagi mana kita menjadi ahli kepada satu parti maka wajar walak dan kesetiaan ditumpahkan sepenuhnya," tegas Khairuddin sebagai menyanggah kenyataan Ahmad Fadhli itu.

Khairuddin sementara itu mengingatkan pemimpin politik supaya tidak menggunakan standart berbeza dalam berpolitik iaitu dengan mewajarkan tindakan mereka sementara mengecam tindakan pihak lain.

Jangan ajar orang khianat bila minta pengikut taat
"Apabila melibatkan diri sendiri boleh tetapi tidak bagi orang lain atau tidak bagi kita dan boleh bagi orang lain.

"Apabila seorang Ahli Parlimen keluar parti ke parti kita ia dipanggil 'hijrah' tetapi apabila daripada parti kita kepada parti lain ia dipanggil 'khianat'.

"Jika seorang ahli Parlimen mahu berbeza dan menentang keputusan partinya dia wajar berhenti daripada parti lalu gugur jawatan sebagai ahli Parlimen," ujarnya lagi.


 

Post a Comment

0 Comments