Gigih bekerja, warganet sampai terlupa umur sebenar PM

 

WARGANET melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalankan tugas memimpin negara ini sejak dilantik sebagai perdana menteri.

Kelibat Anwar yang hadir melawat kawasan bencana runtuhan tanah di Batang Kali, Selangor kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan baju melayu yang dipakainya sejak siang menarik perhatian ramai.

“Kesian PM dari siang sign MoU dengan baju Melayu sampai ke malam ke tempat tanah runtuh masih dengan baju yang sama. Betapa sibuknya jadual dengan tugas kepada rakyat dan negara. Salute,' ciap seorang pengguna twitter.

Ada antara mereka turut mendoakan "Semoga Allah naikkan darjat DSAI atas asbab berlaku adil, simpati dan murni kepada tanggungjawab yang diamanahkan.

Semalam Anwar dipenuhi jadual yang padat, pada sebelah siang beliau hadir ke majlis menandatangani dokumen Permuafakatan Antara Gabungan Di bawah Kerajaan Perpaduan.

Perdana menteri selepas itu meraikan kunjungan Syekh Jamal Farouk Jibreel dari Universiti Al Azhar Mesir ke Seri Perdana sebelum bergegas melawat kawasan bencana untuk mendengar taklimat dari agensi berkaitan.   

Sejak awal dilantik, kerja kuat ditunjukkan Anwar sememangnya menarik perhatian ramai.

"Kadang terlupa PM10 ini sudah 75 usianya. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan, terus berusaha untuk kemakmuran, " kata Raudzah Arippin.

Warganet kagum dengan kegigihan Anwar
Seorang warganet, Jeffry Ismail di ruangan komen pada laman Facebook Malaysiakini berharapkan Anwar dapat menggalas tugasnya dengan amanah, adil dan saksama serta dapat menjaga kebajikan seluruh rakyat di negara ini sebaik mungkin.

"Alhamdullilah, tak sia-sia aku berdoa DSAI jadi Perdana menteri Malaysia," kata pengguna Facebook dengan nama Ozom Real pula.

Post a Comment

0 Comments