Anwar heret Ketua PAS Kedah ke Mahkamah

 

PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor kerana melempar tohmahan bahawa beliau “berperwatakan tidak bermoral”.

Melalui saman yang difailkan melalui Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di Alor Setar, dakwaan itu didakwa dibuat Ketua PAS Kedah itu semasa ucapannya semasa kempen pilihan raya di Tambun.
 
Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu, Anwar mendakwa kenyataan Sanusi antara lain membayangkan dirinya bukan seorang Muslim yang baik dan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Plaintif berhujah bahawa kenyataan berunsur fitnah itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook bernama “Faizal Azumu” itu adalah fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya serta telah merosakkan reputasinya.

Beliau turut mendakwa pada 14 November lalu, kenyataan fitnah daripada video yang disiarkan itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bertajuk "Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena 'pikiaq'.

Pada 16 November lalu, Anwar melalui  peguamnya menuntut defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi dan membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan melalui surat peguamnya bertarikh 7 Disember lalu, membalas surat dan menyatakan pengakuan tidak berbelah bahagi mengenai fakta dalam ucapan itu.

Sanusi didakwa buat kenyataan berunsur jahat
Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk serta teladan selain perintah untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan kenyataan serupa terhadap plaintif serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Datuk SN Nair melalui laporan media berkata saman itu telah difailkan pada jam 4.30 petang semalam.

Post a Comment

0 Comments