ABIM Kelantan gesa k'jaan negeri selesai isu perparitan

 


KERAJAAN Negeri Kelantan digesa membentangkan pelan perparitan holistik bagi menangani masalah banjir di negeri itu.

Gesaan itu disuarakan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad melalui satu kenyataan.

Mohd Syahiran sebelumny merujuk kenyataan Timbalan Menteri Besar,
Mohd Amar Nik Abdullah yang disiarkan Utusan Malaysia dan Kosmo bertarikh 19 Disember 2022 yang menjeaskan punca berlakunya banjir sekitar Kota Bharu adalah berkaitan masalah saluran sistem perparitan.

"Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh dua akhbar tersebut, Mohd Amar mendakwa ada penduduk yang menambak tanah sehingga saluran perparitan tersumbat.

"Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya yang seperti menyalahkan rakyat yang mengakibatkan saluran perparitan gagal berfungsi.

"Ini sedangkan tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk memastikan saluran perparitan lancar, apatah lagi amaran taburan hujan luar biasa sudah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum pembubaran parlimen menjelang PRU15 lagi," katanya.

Beliau turut berkata, berdasarkan pemantaua di media sosial rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), dalam tempoh September sehingga Disember 2022, hanya dua kali pembersihan longkang dan parit dilakukan.

Sedangkan tegasnya kawasan pentadbiran MPKB-BRI memerlukan penggalian dan pembersihan berkala sistem perparitan yang lebih kerap, sesuai dengan statusnya sebagai sebuah bandar raya Islam.

"Sehubungan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kelantan menggesa kerajaan negeri membentangkan pelan perparitan holistik di semua daerah, dengan membuat pemetaan parit, longkang dan saliran dan membentangkan pelan tersebut kepada awam.

"Bentangkan Pelan Perparitan Holistik Kelantan dengan membentangkan peta aliran perparitan untuk kawasan di bawah kawasan MPKB-BRI sebagai projek rintis sebelum April 2022

"Setelah berjaya melaksanakan Pelan Perparitan Holistik Kelantan di peringkat MPKBBRI, kerajaan Kelantan perlu melaksanakan projek ini di semua daerah lain di seluruh negeri," tambahnya.

K'jaan negeri perlu tangani segera masalah banjir
Mohd Syahiran turut memberitahu, gesaan dikemukakan itu adalah berdasarkan contoh polisi yang dilakukan oleh Gabenor Bangkok, Chatchart Sittipun pada September 2022 yang lalu dalam menambahbaik sistem perparitan di bandaraya itu.

"Kadar taburan hujan di Bangkok pada ketika itu adalah hujan lebat luar biasa, namun persediaan yang dilakukan lebih awal termasuklah penggalian parit dan longkang berskala besar di seluruh Bangkok, pengaliran air banjir turun ke laut dapat surut dalam tempoh yang lebih singkat," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments