AHLI MAJLIS Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bercuti sepanjang tempoh pilihan raya.
Perkara itu dimaklumkan Sekretariat akhbar Menteri Besar Selangor dalam kenyataan semalam.
Ahli yang terlibat ialah Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari merangkap calon Parlimen Gombak, EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (calon Parlimen Ampang) dan EXCO Kerajaan Prihatin Ganabatirau Veraman (calon Parlimen Klang).
“… akan bercuti dari tugasan rasmi atas kapasiti masing-masing (kecuali hari yang ditetapkan untuk MMKN) di dalam Kerajaan Negeri bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh Pilihanraya Umum berlangsung,” menurut kenyataan.
Kesemua mereka akan bercuti sehingga hari mengundi pada 19 November nanti.
Pada PRU Amirudin diumum sebagai calon Parlimen Gombak menentang penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Manakala Rodziah Ismail (Ampang) akan mencabar penyandangnya, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Ganabatirau bertanding di kerusi Parlimen Klang menentang calon Perikatan Nasional (PN) Dr Jaya Chandran Perumal.
Negeri HARAPAN tunjuk contoh kepimpinan bersih |
Ia bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan antara tugas rasmi dan politik sepanjang tempoh berkempen.
Sepanjang tempoh bercuti juga, beliau tidak akan menggunakan aset kerajaan negeri seperti kenderaan-kenderaan jabatan.
0 Comments