PARTI PAS dilihat menjadi semakin teruk apabila menjadikan isu perkauman sebagai modal bagi meraih sokongan orang Melayu, tegas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah.
Datuk Mahfuz Omar dalam satu program di Dataran Stargate, Alor Setar pada Khamis berkata, PAS dan rakan gabunganya dalam Perikatan Nasional (PN) ketandusan idea dan hanya mampu meratib mengenai DAP siang dan alam bagi menarik sokongan orang Melayu kepada mereka.
Sedangkan tindakan itu tegas Mahfuz tidak menguntungkan atau menyelesaikan masalah dihadapi rakyat ketika ini.
“PAS sebenarnya tidak konsisten, sedangkan mereka sedar bahawa kerajaan BN mahupun PN yang mereka gabungi adalah kerajaan yang gagal.
“Anggota Kabinet mereka tidak ubah seperti lori sampah yang hanya diisi dengan sampah sarap serta tidak mempunyai idea dan masalah berlarutan hingga sekarang.
“Oleh kerana itu pimpinan sedemikian tidak boleh diberi sedikit pun undi untuk berkuasa semula. Pastikan PRU pada 19 November ini sebagai garis penamat bagi PA, BN maupun PN,” ujarnya.Main isu kaum, PAS dah tak ada modal lain?
Mahfuz yang akan mempertahankan Parlimen Pokok Sena sementara itu menggesa pengundi menjadikan tarikh 19 November ini sebagai tarikh bagi menghumban kleptokrasi dan pengkhianat.
Ia jelasnya perlu dilakukan demi masa depan rakyat negara ini.
0 Comments