KJ ancaman Zahid, bakal 'dikerat' walaupun menang - Rafizi


PENGARAH
pilihan raya Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli melihat masa depan politik bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam politik parti itu makin kabur.


Menyifatkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebagai antara ancaman terbesar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dalam parti itu, Rafizi menjangkakan Khairy akan disisihkan Umno walaupun dia menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

"Saya tidak nampak bagaimana Zahid selepas Umno menang PRU akan membiarkan Khairy terus mara dalam Umno kerana dia adalah ancaman terbesar buat Zahid,” jelas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Khairy mencabar jawatan presiden Umno pada pemilihan parti 2018, menentang Zahid bersama veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
 
Selepas gagal dalam perebutan jawatan presiden, Khairy gagal dilantik bagi sebarang jawatan kepimpinan parti kecuali sebagai timbalan ketua bahagian Rembau.

Pada pilihan raya kali ini, Khairy diminta memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk bertanding di 'kerusi selamat' itu.

Sementara itu tambah Rafizi, beliau perlu mengakui bahawa Khairy satu-satunya pemimpin dalam Umno/BN yang masih berminat dengan dasar dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka, tanpa menggunakan serangan perkauman atau agama.
 
“Dari kalangan Umno-BN, yang nampak berminat dasar dan buat kerja, seorang saja, yang tidak menggunakan soal perkauman sejak 10 tahun lalu ini hanyalah Khairy.

“Jadi saya rasa jika saya berdepan dengan lawan Umno pada masa hadapan, demi negara, saya lebih suka berdepan dengan Khairy, bukan kerana dia kawan baik saya tetapi negara perlukan itu.

"Umno perlu diketengahkan supaya kita tidak terjebak dalam ketaksuban agama dan kaum ini dari generasi ke generasi," kata Rafizi.

Sambil menyifatkannya sebagai tindakan Umno mengarahkan Khairy bertanding di Sungai Buloh sebagai ironi, Rafizi mengibaratkan keputusan mengundi Khairy seperti memberi Zahid pedang untuk "mencincang" Khairy dalam parti itu.

Jangan biar politik KJ berakhir ditangan Zahid
“Jika Umno menang, Zahid jadi perdana menteri, kerjaya politik Khairy akan berakhir. Itu pandangan saya mengenai kerusi Sungai Buloh.

“Saya harap pengundi-pengundi di Sungai Buloh faham, satu undi untuk Khairy adalah satu undi untuk Zahid.

"
Saya harap pengundi-pengundi di Sungai Buloh faham yang besar kemungkinan Khairy akan kena kerat.

Post a Comment

0 Comments