CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Klang bakal memberi tumpuan bagi mencari cara menangai isu banjir di kawasan tersebut.
V Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning berkata isu berkenaan dialami penduduk sejak bertahun lamanya selain masalah jalan, longkang dan perparitan.
“Saya turun ke Pulau Indah, masalah banjir juga dihadapi. Jadi saya hubungi Jabatan Pengairan dan Saliran bersama ADUN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri untuk cari penyelesaian sementara.
“Untuk penyelesaian jangka panjang, saya sudah berjumpa dengan EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim dan beliau setuju isu Pulau Indah perlu diselesaikan segera,” katanya dipetik laporan Selangorkini.
Sementara itu Ganabatirau berkata, beliau yakin penduduk Klang akan terus memberi sokongan kepada HARAPAN pada pilihan raya kali ini.
Kepercayaan itu bersandarkan prestasi baik penyandang terdahulu selain parlimen berkenaan salah satu kubu kuat gabungan tersebut di Selangor.
“Sebenarnya Klang adalah kerusi yang memang akan dimenangi calon HARAPAN. Bukan (hanya) saya, sesiapa pun bertanding di Klang atas tiket Pakatan Harapan akan menang.
“Namun, apa yang penting bukan saja kita menang dengan selesa tapi mendapat daripada sokongan semua pihak. Itu yang saya mahu. Saya mahu menang atas sokongan semua pihak,” katanya.
Yakin Klang masih kubu kuat untuk HARAPAN |
Charles digugurkan pada pilihan raya kali ini, walau bagaimanapun dipetik laporan Malaysia kini, beliau membuat seruan supaya pengundi di kawasan parlimen itu memberi sepenuh kepada calon dinamakan HARAPAN di kerusi itu.
0 Comments