Batal larangan pemimpin HARAPAN masuk Sarawak, gesa Anwar

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Premier Sarawak, Abang Johari Openg berbesar hati dengan menarik balik larangan ke atas beberapa pemimpin gabungan itu untuk memasuki negeri berkenaan.

Beliau menggesa Abang Johari, yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat memberi kelonggaran bagi membolehkan pemimpin parti pembangkang membantu calon mereka di Sarawak sepanjang tempoh berkempen.

"Besar harapan saya agar permohonan ini (menarik balik larangan masuk Sarawak) dapat diberi perhatian oleh beliau (Abang Johari).

"Pihak kami juga tidak mahukan sebarang isu atau konflik dengan kerajaan Sarawak," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Kerajaan negeri Sarawak pada Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Disember tahun lalu melarang beberapa pemimpin politik masuk ke negeri itu.

Difahamkan mereka antaranya Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Anwar harap Abang Openg timbang permohonan
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Datuk Ngeh Koo Ham dan pemimpin pemimpin KEADILAN Wong Chen dilapor pernah diarah balik semula sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Pemimpin Umno Jamal Mohd Yunos juga dilarang masuk kerana dikhuatiri mampu menjelaskan keharmonian Rakyat pelbagai kaum di Sarawak.

Post a Comment

0 Comments