TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli menyatakan hasrat untuk kembali bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang pernah dimenanginya sebelum ini.
Bercakap kepada wartawan di Pulau Pinang Rafizi berkata, walaupun calon bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan, beliau sudah memaklumkan hasratnya itu kepada pucuk pimpinan parti
“Saya sudah menyatakan dengan jelas saya mahu mempertahankan Pandan, sedang menunggu keputusan parti," katanya.
Beliau memberi alasan mahu kembali ke kerusi itu bagi memudahkannya membantu kempen lain pada PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Ini kerana saya boleh berkempen dengan lebih berkesan di peringkat nasional untuk calon KEADILAN, jika saya bertanding di Pandan, di mana kami mempunyai sokongan sangat baik dan cukup mantap,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas sesi townhall di Auditorium A Komtar pada Ahad.
Sebagai rekod, Rafizi ketika kemunculan pertamanya bertanding Parlimen memenangi kerusi Pandan pada 2013 menewaskan calon MCA, Lim Chin Yee, dengan majoriti 26,729 undi.
![]() |
Strategi bantu menangkan calon lain |
Pada 2018, Dr Wan Azizah mengambil alih kerusi itu dengan kemenangan besar 52,543 undi majoriti menewaskan calon MCA, Leong Kok Wee.
Pada November 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Rafizi kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asli seperti diperuntukkan dalam Seksyen 61 Akta Keterangan.
0 Comments