Umno dah tak tahu nak jawab apa - Rafizi


TIMBALAN PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli menyifatkan Umno sudah tidak lagi menjawab semua pendedahan dan skandal membabitkan Umno yang dibuatnya sebelum ini.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi yang mencabarnya supaya segera membongkarkan penyelewengan projek terowong Pulau Pinang yang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Zarkashi yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dilihat sebagai individu yang 'rancak' mengkritik Rafizi sejak bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan skandal berkait projek kapal tempur pesisir (LCS).

Menjawab cabaran itu, Rafizi berkata akan menjawab isu terowong itu hari ini, walau bagaimanapun menurutnya cabaran itu ibarat 'bola tanggung'

“Sibuk ungkit kenapa saya tak bongkar pasal terowong Pulau Pinang. Esok saya jawab. Bagi lagi bola tanggung,” katanya pada Khamis.
 
Sementara itu Rafizi menyenaraikan pendedahan yang pernah dilakukannya antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felda, Bank Pembangunan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Cabaran Zarkashi dianggap 'bola tanggung'
Rafizi juga merupakan individu yang bertanggunjawab mendedahkan skandal dana rakyat berkaitan projek National Feedlot Corporation (NFC) dalam tahun 2011 membabitkan keluarga seorang pemimpin Umno, Shahrizat Jalil.

Ssuulan pendedahan itu, Rafizi berdepan tiga kes saman dan menang semuanya.
 

Post a Comment

0 Comments