Kenapa Zahid sendiri tak jadi saksi kes Najib, soal Kit Siang

 


VETERAN DAP Lim Kit Siang membidas kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran perbicaraan Najib Razak bakal dirujuk sebagai contoh perbicaraan tidak adil oleh negara Komanwel.

Melalui satu kenyataan yang disiarkan di blognya, Kit Siang meminta Ahmad Zahid menamakan satu negara Komanwel yang percaya bahawa sememangnya Najib Razak tidak dibicara dengan adil dalam kes SRC International yang akhirnya menghumbankannya ke penjara.

"Bolehkah Ahmad Zahid memberikan satu contoh di mana kes SRC International Najib dipetik sebagai satu contoh perbicaraan tidak adil dalam mana-mana negara Komanwel selepas seminggu Najib ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 tahunnya?

"Zahid mengatakan perkara ini dalam taklimat khasnya untuk UMNO pada minggu lepas.

"Agak mengejutkan apabila berita Najib dipenjarakan selepas rayuannya ditolak di Mahkamah Persekutuan — keputusan yang dikekalkan oleh sembilan orang hakim di ketiga-ketiga peringkat mahkamah — ini dilaporkan di akhbar di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang melaporkan perbicaraan ini sebagai tidak adil," kata Ahli Parlimen senior itu.

Zahid ketika berucap dalam taklimat kepada ahli Umno baru-baru ini mendakwa perbicaraan terhadap Najib boleh mewujudkan persepsi tidak adil.

Ini kerana beberapa individu penting yang dikaitkan dengan skandal itu 'tidak dibawa ke muka pengadilan" dan Najib tidak dibenarkan mengemukakan bukti tambahan pada rayuan terakhirnya.

Zahid menamakan Jho Lo, Nik Faisal dan bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz sebagai saksi penting itu.

Zahid pernah dakwa bertemu penderma Arab
Sementara itu Kit Siang menyoal kembali Zahid kenapa dia tidak menjadi saksi dalam kes bekas 'bossnya' itu.

Ia susulan kenyataan Zahid sebelum ini bahawa dia pernah berjumpa dengan anggota keluarga diraja Arab yang dikatakan memberikan derma RM2.6 bilion kepada Najib.

"Saya masih menunggu jawapan Zahid mengenai perkara ini," katanya.

 
 

Post a Comment

0 Comments