Pulau Pinang buat solat jenazah ghaib untuk Yusuf Al-Qaradawi


KERAJAAN Pulau Pinang menyeru semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat jenazah ghaib buat ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menyeru agar solat tersebut diadakan selepas solat Isyak malam Selasa.

"Solat jenazah ghaib ini diadakan khusus sebagai penghormatan terakhir kepada Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, tokoh yang banyak berjasa kepada umat Islam khusus dalam pembangunan pendidikan, kerohanian dan dakwah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, ulama tersohor kelahiran Mesir itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Qatar pada usia 96 tahun.

Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham.

Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.
 
Beliau juga adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin, pergerakan sosio politik Islam yang mencetuskan revolusi Mesir pada 2011.

Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.

Sebagai tanda ingatan dan penghormatan buat Yusuf
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketahui rapat dengan Allahyarham menyifatkan pemergian ulama terbilang itu sebagai kehilangan besar buat dirinya.

Menyifatkan pemergian individu dianggap guru dan sahabatnya itu, Anwar berkata, dunia Islam kini kehilangan seorang mujaddid ulung sepanjang abad.

Post a Comment

0 Comments