PRU15: KEADILAN S'wak tak letak calon bidan terjun

 


PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengetengahkan 'calon bidan terjun' pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Pengerusi negeri, Roland Engan berkata pihaknya telah  menetapkan hujung bulan ini sebagai hari terakhir untuk cabang parti itu mengemukakan nama calon mereka dan calon yang disenarai pendek kemudian perlu diperakui oleh jawatankuasa masing-masing sebelum diserahkan kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

MPN kemudian akan membuat penilaian dengan teliti termasuk mengambil kira faktor tertentu serta pemilihan calon boleh menang.

“Mereka (cabang) mempunyai masa sehingga hujung September ini untuk mengemukakan nama calon yang telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa.
 
"Maksudnya tidak ada calon bidan terjun,” katanya pada sidang media di Pejabat parti itu di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Ketua Cabang KEADILAN Baram itu turut memberitahu bahawa mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) peringkat negeri itu sudah diadakan dan KEADILAN bakal bertanding di 16 dari 31 kerusi.

Ia melibatkan kerusi Parlimen Petra Jaya, Puncak Borneo, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Kanowit, Mukah, Selangau, Hulu Rajang, Sibuti, Miri, Baram, Limbang dan Lawas.

KEADILAN S'wak bakal bertanding di 15 kerusi
KEADILAN akan turut bertanding di Julau dan Selangau yang sebelum ini disandang Larry Sng dan Baru Bian.

“Pada mesyuarat HARAPAN Sarawak lalu, Parlimen Julau diserahkan kepada KEADILAN.

"Sebelum ini (PRU14) KEADILAN hanya bertanding di 15 kerusi, namun dengan penyerahan kawasan Julau itu menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang diperuntukkan untuk PKR adalah 16 kerusi," ujarnya.
 

Post a Comment

0 Comments