PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) akan memuktamadkan keputusan sama ada akan menerima atau menolak penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ke dalam gabungan itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri ceramah anjuran Angkatan Muda di Taman Medan, Petaling Jaya pada Jumaat memaklumkan belum ada perbincangan rasmi diadakan antara semua pimpinan komponen, yang terdiri daripada KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO mengenai hasrat MUDA.
“Belum ada perbincangan (dalam PH tentang penyertaaan Muda) setakat ini. Ia akan dibincangkan secepat mungkin,” katanya.
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa lalu menyatakan hasrat parti itu menyertai HARAPAN sebagai sebahagian parti itu menjelang PRU15.
Parti itu jelasnya terbuka mengadakan perbincangan rasmi dengan Majlis Presiden HARAPAN berhubung perkara itu, selain menyasarkan bertanding kawasan Parlimen tidak lebih 15 kerusi.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa Majlis Presiden HARAPAN sudah menerima permohonan rasmi dari MUDA untuk menyertai gabungan itu pada Jumaat.
Katanya, keputusan MUDA menyertai HARAPAN secara rasmi telah menggambarkan keistimewaan dimiliki gabungan itu.
"Kita melihat secara positif, jika ada parti yang berminat hendak menyertai HARAPAN, bermakna HARAPAN ada tarikan dan keistimewaannya dan ia telah pun dinyatakan secara terbuka. Jadi kita akan membincangkan penyertaan atau permohonan ini," katanya.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Halimey Abu Bakar sebelum ini memberi peringatan kepada MUDA supaya tidak berharap laluan mudah untuk bertanding di kerusi HARAPAN sekiranya permohonan mereka di terima.
“Berhenti berharap memperoleh laluan mudah untuk bertanding di kerusi dalam negeri yang telah dimenangi HARAPAN seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
“Sebaliknya, fokus gerak kerja di kawasan pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak,” katanya.
Penganalisis politik pula berbeza pendapat berhubung hasrat parti pimpinan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania menjangkakan bahawa sokongan golongan belia terhadap HARAPAN akan meningkat jika ia menerima penyertaan MUDA.
Mengakui parti itu memerlukan jentera dan sokongan akar umbi dari HARAPAN, Gabungan itu pula mungkin melihat MUDA sebagai tiketnya untuk memenangi hati “sebilangan besar” pengundi muda.
“Walaupun prestasi MUDA teruk di Johor, ia masih menjadi platform terbaik untuk mendekati pengundi muda,” katanya.
Sementara Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan melihat penyertaan MUDA dalam HARAPAN tidak memberi tidak akan memberikan nilai tambah yang ketara kepada gabungan itu melainkan hanya akan memberi kelebihan buat MUDA bagi kelangsungan politiknya.

Adakah permohonan MUDA bakal diterima? |

0 Comments