HARAPAN Pahang akan selesai rundingan kerusi bulan depan


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Pahang menyasarkan untuk menyelesaikan rundingan agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara parti-parti gabungannya diselesaikan pada Oktober depan.

Pengerusi HARAPAN negeri, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan diberikan untuk menyelesaikan jumlah kerusi yang ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14 memandangkan parti itu tidak lagi bersama gabungan itu.

"Selepas selesai rundingan, ia akan dibawa ke Majlis Presiden untuk keputusan muktamad. Memang akan ada pertambahan kerusi kerana kini tiga parti berada dalam HARAPAN berbanding empat (parti) sebelum ini.

"Proses rundingan perlu diselesaikan secepat mungkin supaya dapat menggariskan manifesto serta pertemuan dengan rakyat ke arah PRU15," katanya dipetik laporan Sinar.

Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebelumnya hadir dalam satu mesyuarat yang diadakan di Temerloh.

HARAPAN Pahang mahu rundingan kerusi segera selesai
Dalam mesyuarat itu, Pengerusi Amanah Pahang Zulkifli Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi HARAPAN Pahang manakala Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri tersebut.

Dalam pada itu, Amirudin mengakui pelantikan sebagai Pengerusi bagi negeri Pahang adalah satu tugas besar yang perlu digalas sebaik mungkin.

Post a Comment

0 Comments