BEKAS MENTERI kewangan Lim Guan Eng menyarankan Ismail Sabri Yaakob membubarkan pasukan petugas khas jihad menangani inflasi dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.
Gesaan itu dibuat setelah Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.
“Menaikkan OPR tidak berbeza dengan menafikan secara menyeluruh dakwaan Annuar bahawa inflasi dan kenaikan harga makanan perlahan-lahan terkawal, sebagai slogan politik semata-mata dan tidak berasas.
“BNM secara tidak langsung menolak usaha anti inflasi Annuar kerana tiada sebarang kesan dengan indeks harga pengguna yang meningkat sebanyak 4.4 peratus pada Julai berbanding 3.4 peratus pada Jun 2022, tempoh sama Annuar mula dilantik sebagai pengerusi (pasukan petugas).
“Memandangkan BNM kini bergantung kepada alat monetari untuk menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi, maka tidak ada keperluan untuk mengekalkan pasukan petugas jihad terhadap inflasi’,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi DAP itu turut menyifatkan jawatankuasa ditubuhkan sejak 29 Jun itu "tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan." serta gagal membendung kenaikan harga barang keperluan pengguna.
Beliau menegaskan bahawa pasukan petugas seperti itu hanya akan memainkan peranan jika ia dipengerusikan oleh perdana menteri sendiri.
Selain Annuar Musa, difahamkan pasukan itu dianggotai Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.Guan Eng sifatkan pasukan tangani inflasi gagal
Annuar Musa sementara itu dipetik laporan FMT berkata, Guan Eng tidak layak menjadi hakim kepada keberkesanan pasukan tersebut.
Katanya, sama ada pasukan itu telah menunjukkan keberkesannya sepatutnya ditentukan
oleh rakyat.
0 Comments