MAHKAMAH dipohon agar menyegerakan tarikh bicara terhadap empat ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, pada 2020.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dipetik laporan media berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk diputuskan, justeru sebarang keputusan mahkamah akan menjadi sebahagian daripada proses mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit sebagai kosong.
“Ia mengikut mana-mana yang berkenaan dengan berpandukan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah, berperlembagaan dan hendaklah kekal seperti sedia ada.
“Oleh demikian, kita memohon mahkamah untuk menetapkan tarikh bicara dengan segera. Kita pun nak tahu apa keputusan mahkamah berhubung isu ini selepas keputusan telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, jadi sebarang mesyuarat khas (DUN Pulau Pinang) atau sebagainya kena tunggu keputusan mahkamah,” katanya dipetik.
Empat ADUN tersebut ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) yang telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Pada awal Ogos lalu, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan di bawah enakmen antilompat parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu, berkata Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dipetik laporan media berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk diputuskan, justeru sebarang keputusan mahkamah akan menjadi sebahagian daripada proses mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit sebagai kosong.
“Ia mengikut mana-mana yang berkenaan dengan berpandukan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah, berperlembagaan dan hendaklah kekal seperti sedia ada.
“Oleh demikian, kita memohon mahkamah untuk menetapkan tarikh bicara dengan segera. Kita pun nak tahu apa keputusan mahkamah berhubung isu ini selepas keputusan telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, jadi sebarang mesyuarat khas (DUN Pulau Pinang) atau sebagainya kena tunggu keputusan mahkamah,” katanya dipetik.
Empat ADUN tersebut ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) yang telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Perkara 14A sah dan berpelembagaan |

0 Comments