PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob jika Umno memilih untuk memecatnya dari parti itu.
Anwar, yang merupakan presiden KEADILAN, membuat komen itu berikutan laporan bahawa “panglima perang” Umno menuntut Ismail melakukan beberapa perkara atau berdepan tindakan termasuk dipecat.
Tuntutan itu menurut media antaranya adalah memecat Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memohon pengampunan diraja untuk Najib Razak, dan mengadakan pilihan raya umum awal.
“Jika Umno putuskan untuk memecat perdana menteri, selamat maju jaya kepada Ismail.
"Saya tidak dimaklumkan dan tiada perbincangan mengenai isu ini,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen pilihan raya parti itu yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, semalam.
Media pada Jumaat memetik sumber dalaman Umno dan kerajaan sebelum ini melaporkan bahawa Ismail diberikan kata dua supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin atau dipecat daripada Umno.
Sumber sama mendakwa mesyuarat Biro Politik Umno tegang sehingga ada yang meninggikan suara kepada Ismail, yang juga naib presiden Umno, dalam beberapa isu, termasuk isu pemenjaraan Najib.
Biro politik, kata sumber, kurang senang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.
Semalam, Ismail dilapor tidak hadir ke taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dilihat lebih kepada majlis solidariti kepada Najib Razak.
Ahli Parlimen Bera itu dikatakan menghadiri satu program di Pahang.
Zahid dalam ucapan semalam pada taklimat itu semalam sekali lagi menggesa supaya pilihan raya umum diadakan segera dan menyokong kempen pengampunan diraja untuk Najib Razak.
Menurut Zahid desakan Umno supaya pilihan raya umum diadakan merupakan keputusan yang dibuat oleh seluruh kepimpinan parti dan tidak diputuskan secara bersendirian olehnya untuk menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamahnya.
Adakah Ismail akan mengalah atau terus bertahan |
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Mahkamah telah menetapkan 1, 2, 5 hingga 8 September ini untuk pendakwaan dan pembelaan berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Najib Razak itu dibebaskan daripada pertuduhan atau diperintah membela diri.
0 Comments