TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli menasihatkan ahli parti agar tidak mengikut jejak langkah Azmin Ali dan sekutunya yang mengkhianati parti itu.
Berucap pada Konvensyen pilihan raya parti itu di Shah Alam, semalam, bekas Ahli Parlimen Pandan itu sempat mengingatkan ahli parti itu agar menetapkan niat mereka menyertai politik.
“Setiap dari kita harus tanam dalam diri, kita masuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) bukan kerana merebut jawatan tetapi kerana tanggungjawab dan amanah untuk menjaga rakyat.
“Saya sebut awal, kalau ada dalam kalangan pemimpin dan ahli kita tidak dapat jadi calon PRU ini, jangan sabotaj atau buat hal.
“Kalau ada yang menang (dalam PRU) tapi tak dapat jawatan dalam kerajaan, jangan kamu tikam belakang macam Azmin (Ali) dan kawan-kawan dia.
“Kita ada tanggungjawab dan amanah sebab kita ada anak dan cucu. Tidak adil untuk kita wariskan kepada mereka hutang yang banyak untuk rakyat tanggung,” katanya.
Sementara itu, Rafizi yang juga adalah Pengarah pilihan raya parti itu turut menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, malah menurutnya gabungan itu juga ada peluang membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU-15 ini.
Bercakap tentang persediaan parti itu beliau memaklumkan bahawa proses rundingan pembahagian kerusi di peringkat HARAPAN dijangka selesai dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Rafizi mahu ahli parti tetapkan niat perjuangan |
“Saudara saudari apabila balik nanti dalam masa seminggu kita akan bagi arahan seterusnya di peringkat negeri
"Bila soal tarikh PRU, biar mereka (UMNO) yang bergaduh. Yang saya nak beritahu, kita sudah bersedia bila-bila masa,” katanya.
0 Comments