Aneh bila 'perasuah besar' bersorak tengok Najib dipenjara, kata Anwar

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa “aneh” dengan sikap segelintir pemimpin politik yang turut “bersorak” dengan nasib Najib Razak.

Tanpa merujuk mana-mana pihak, Anwar berkata, mereka yang bersorak apabila bekas Presiden Umno itu dihumban ke penjara turut terpalit skandal rasuah

“Kalau kita lihat reaksi kepada hukuman terhadap Najib saya tengok ada pemimpin (yang) perasuah besar pun dia kata bagus tindakan itu.

"Saya rasa aneh juga. Rasuah tak boleh (dilihat) khusus kepada seorang sahaja. Ini soal mahkamah, tetapi yang lain juga patut disiasat,” katanya.

Ketua Pembangkang itu mendakwa ada “bukti jelas” bahawa pemimpin dan bekas pemimpin meraih kekayaan berbilion ringgit dalam pendedahan Kertas Pandora dan Panama.

Anwar rujuk pendedahan kertas Pandora dan Panama
“Bukti dah ada (di dalam) Pandora paper Panama papers. Saya ingatkan perasuah-perasuah besar ini jangan ingat mereka boleh selamat begitu saja.

“Jangan ambil peluang mendabik dada .. sebab yang bercakap menyerang Najib ramai yang terpalit (dan) perasuah besar,” katanya yang mengingatkan individu berkenaan tidak berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Post a Comment

0 Comments